Temuduga @ Tadika Tunas Bestari

Assalamu'alaikum dan salam ceria..

Aku baru je lepas gi temuduga kat tadika tunas bestari. Riuh rendah weyh tadika tu. Ramai gilerr budak2 yang cute miut rasa macam nak cubit2. geram tau I nengok budak yang comel lote tau..

Sepanjang perjalanan dari rumah aku ke tadika, jantung aku bagaikan nak tercabut. Ye la..aku mana ada pengalaman kerja selama nie. Dah lama tak kena temuduga. Last temuduga time form 2. Itupun temuduga untuk pengawas pusat sumber. TEMUDUGA jugak kan??

Bila sampai sana..aku rasa menggigil gila bagaikan duduk kat kutub utara..(cakap macam pernah duk pulak..) ngehehe.. Time Guru besar panggil, kaki aku rasa berat betul nak melangkah. Macam kena paku pulak. Ouchh..sakit tau..

Banyak jugak guru besar tadika tu tanya. Nasib baik aku tak GAGAP kau..kalau tak, balik nie aku karaoke lagu STACY-GAGAP la jawabnya.

Tapi kan..aku risau jugak. Takut aku tak boleh buat tugas yang diberi. Mengajar, mandikan diaorang..serius aku takut walaupun aku pernah buat benda tu kat adik2 aku. Tapi kenapa aku takut?

biarlah perasaan takut dan risau itu dibawa oleh angin lalu.

Sekarang aku just tunggu call dari Guru besar tadika tu sama ada aku diterima atau tidak. Harap2 dapatlah..

itu je kot yang aku nak kongsi..

jumpa lagi di next entry..

3 budak baik!:

Nur Azila Ismail said...

wah . nak jd cikgu tadika ye . harap2 berjaya :D

Nur Azila Ismail said...

wah . nak jd cikgu tadika ye . harap2 berjaya :D

Amirah Su'aidah said...

thanks zila...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...