Maybelline BB Cream & BB silk two-way cake

:: Salam.. ::

Sepatutnya entry nie di'post' sebulan yang lepas. Lewat sebulan coz aku bukannya tekan Publish Post, Tapi Save..aiyoyo..macam mana boleh silap? bila check edit posts..post nie jadi draft...salah aku kot, kelam kabut sangat, coz aku buat entry nie kat CC..huhuhu

Tak payah nak merapu meraban...mari kita teruskan dengan produk kosmetik yang TERBAIK punya bagi aku. hehehe...melampau! Ini dia..mempersembahkan,

Maybelline BB Cream....

gambar dari google

&

Maybelline BB Silk Two-way Cake
gambar dari google
Aku beli dua bendalah nie sebab pengaruh majalah Remaja..hehehe. Aku beli benda2 nie guna duit gaji aku yang last tau. Nak harapkan ayah aku? hmphh..jangan harap la dia kasi beli. Tapi kan, nasib baik aku beli time promosi watson. Dapat murah sikit. BB Cream tu patutnya RM19.90, tapi aku beli dengan harga RM16.90. BB Silk pulak harga sebenar RM23.90, aku beli RM20.90. jimat jimat...

Bagi aku memang mahal, tapi dah pengaruh kan..aku grab je la. Lagipun time aku beli ni, aku tengah sakit hati. So, supaya tak menghabiskan duit korang, jangan shopping time tengah marah. Apapun, berbaloi jugak aku beli. Tak membazir la kiranya...sebabnya, BB cream tu buatkan muka aku nampak berseri, ecece, wajah x nampak pucat dan segala cela di muka bagaikan tiada. Dah namanya BB cream..Beauty Balm 

BB cream nie lembut je, tak berat macam foundation yg aku pakai selama nie. Lepas pakai BB cream, pakai BB silk pulak. Solekan tak nampak tebal pun. Aku suka sangat2. Berbaloi-baloi.... Lagipun BB cream nie ada manfaat 8 dalam 1...memang TERBAIK.

Mak cik aku siap tanya aku lagi, aku pakai apa sampai muka aku nampak licin je dan berseri. Bangga betul aku..hehehe..Rahsianya ialah BB cream dan BB silk dari Maybelline! Ada macam duta Maybelline tak? hehehe...

Aku memang suka lah pakai produk Maybelline. Tak sia2 aku beli BB cream tu. Berpekdah jugak ye..hohoho..

Kawan2 aku yang pakai BB cream tu pun kata benda tu bagus. Tabik spring toing toing la kat Maybelline. hehehe

MAYBE SHE'S BORN WITH IT. MAYBE IT'S MAYBELLINE

Kalau aku slim + cantik, agaknya Maybelline nak amik aku jadi duta dia tak macam Liyana Jasmay tu..hehehe. PERASAN lak aku nie...sila abaikan ya kawan2..



Sayonara...

3 budak baik!:

Ardini Humaira said...

dni belum cuba lagi yang maybelline punya.uk pakai yang skin79 :)

HonEyBuNNy said...

macam nak cuba la...macam best ja...

smblm neh pakai bb cream silky girl...

nak tunggu habis nak pakai maybelline lak..;_0

nur ika said...

give me 5..!!ika pkai bb silk 2..ska tol..^,^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...